Friday, August 12, 2022
26.5 C
Brunei

Ops Sepadu kesan pelbagai kesalahan di Daerah Belait

-

Oleh Yusrin Junaidi
Gambar serahan PPDB

BELAIT, 26 DIS – Pelbagai kesalahan telah dicatatkan dalam dua Operasi Bersepadu melibatkan agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang di negara ini yang dijalankan di Daerah Belait pada 24 Disember lalu.

Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), Operasi pertama melibatkan Operasi Sepadu Sekatan Jalan Raya yang telah di kawasan Lebuhraya Lumut di mana PPDB mencatatkan satu kesalahan doket dan 33 kesalahan kompaun melibatkan insurans memandu dan kenderaan yang mansuh, tidak menggunakan tali pinggang keselamatan dan beberapa jenis kesalahan lagi.

Sementara itu, Jabatan Pengangkutan Darat (JPD) mencatatkan 11 kesalahan dan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) mencatatkan satu kesalahan iaitu penemuan barangan tegahan berupa rokok pelbagai jenama.

Operasi disertai oleh keanggotaan Daerah Polis Belait, Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas (JSKLL), PPDB, JKED, Biro Kawalan Narkotik (BKN) dan JPD dengan diketuai oleh Pegawai Siasatan Lalu Lintas Daerah Polis Belait, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Alvin Goh.

Manakala operasi kedua melibatkan Operasi Sepadu Pencegahan Jenayah yang dikendalikan bermula pukul 10 malam.

Operasi Sepadu Sekatan Jalan Raya yang dijalankan di kawasan Lebuhraya Lumut.
Anggota penguat kuasa ketika menjalankan operasi yang menumpukan kediaman pekerja-pekerja asing di Kuala Belait.

Menurut PPDB, dua lokasi menjadi sasaran pada malam itu yang menumpukan kepada rumah kediaman pekerja-pekerja asing di kawasan tadahan Kuala Belait.

Semasa operasi itu, JKED mencatatkan satu kesalahan melibatkan penemuan barang tegahan rokok dan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) mencatatkan 16 kesalahan melibatkan pas kerja mansuh.

Operasi Sepadu yang diketuai oleh Pemangku Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Po-lis Belait, Penolong Penguasa Polis (ASP) Dennie Adli bin Haji Sulaiman berserta penglibatan empat agensi pengu-atkuasaan terdiri daripada PPDB, JKED, JIPK dan BKN.

Kenyataan menegaskan, agensi-agensi penguatkuasaan akan sentiasa komited menguatkuasakan undang-undang di negara ini dalam matlamat yang utama iaitu bersama membendung, mengesan serta membanteras kegiatan-kegiatan yang cuba untuk meruntuhkan akhlak serta kesejahteraan mahu pun keamanan di negara ini.

PPDB serta agensi penguatkuasaan yang lain juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

DXY disekat kritik rawatan herba COVID

BEIJING, 11 OGOS – Sebuah laman web perubatan China yang popular telah ditapis oleh pihak berkuasa kerana 'melanggar undang-undang dan peraturan yang berkaitan', beberapa...
- Advertisment -