Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu serbu tiga kediaman di Tutong

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 JAN – Beberapa barangan tegahan seperti rokok, rokok elektronik dan peralatan dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah telah
    ditemui dalam Operasi Sepadu pencegahan jenayah yang menyasarkan tiga kediaman di kawasan Kampung Tanjong Maya dan Kampung Bukit Beruang, Daerah Tutong, malam tadi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), kesemua kesalahan dan penemuan barang rampasan telah diambil tindakan.

    Operasi berkenaan melibatkan beberapa jabatan di bawah PPDB terdiri daripada pegawai dan anggota dari Daerah Polis Tutong, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Narkotik (BKN).

    Operasi yang bermula pukul 8 malam itu diketuai oleh Pegawai Siasatan Jenayah Daerah Polis Tutong, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pengiran Haji Mohamad Syahmi Azra bin Pengiran Haji Rajid.

    PPDB serta agensi penguatkuasaan yang lain menasihatkan orang ramai akan sentiasa berwaspada dan memberikan kerjasama yang jitu dalam perkongsian maklumat bagi mengelakkan sebarang kejadian-kejadian yang tidak diingini berleluasa tanpa sebarang pembendungan dan tindakan sewajarnya.

    Anggota penguat kuasa menjalankan pemeriksaan semasa Operasi Sepadu di salah sebuah kediaman baru-baru ini.
    Antara barangan tegahan yang ditemui pada Operasi Sepadu itu.
    Antara barangan tegahan yang dirampas semasa operasi yang dijalankan.

     

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...