Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Ops Sepadu Tumpas: Pekerja asing disiasat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OGOS – Seorang perempuan warga asing berjawatan ‘amah’ telah disiasat di bawah Peraturan 15(2) Peraturan Imigresen Penggal 17 iaitu mana-mana pekerja asing yang bekerja di negara ini hendaklah bekerja mengikut majikan yang asal, susulan Operasi Sepadu Tumpas, pagi kelmarin.

    Operasi sepadu yang dijalankan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) bersama Jabatan Buruh itu menyasarkan sebuah bilik sewa di Jalan Bunga Raya, Kuala Belait

    Menurut kenyataan JIPK, majikan dalam perkara itu juga telah dikeluarkan Surat panggilan dan seterusnya diarahkan hadir ke bahagian berkenaan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

    Sementara itu, pihak Jabatan Buruh juga mengarahkan majikan untuk hadir bagi siasatan dan tindakan lanjut.

    Sehubungan itu, Pemangku Ketua Pegawai Imigresen Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang JIPK, Kuala Belait mengingatkan para majikan agar patuh dan tidak melanggar sebarang akta dan peraturan imigresen dan memastikan pekerja-pekerja mereka melakukan kerja-kerja yang ditetapkan

    Ke arah aktiviti penguatkuasaan, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah-pesalah imigresen dengan menghubungi hotline JIPK di talian 8734888 atau 8753888 (BSB) dan 8984111 (KB).

    Pegawai-pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi sepadu berkenaan. – Gambar serahan JIPK
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...