Saturday, December 7, 2024
29.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ops Siaga kesan satu kesalahan

     

    BELAIT, 3 NOV – Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU), Jabatan Buruh telah mengendalikan Operasi Siaga KB 233/2024 di Perumahan Pandan, Kuala Belait pada 19 Oktober.

    Pemeriksaan yang telah dijalankan telah mendapati kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 dilakukan oleh majikan, iaitu Bab 112 (2) Kesalahan melanggar syarat–syarat lesen pengambilan pekerja asing, di mana seorang pekerja berjawatan buruh bagi kegiatan memotong rumput didapati semasa operasi telah membuat pekerjaan sendiri iaitu mengupas kulit kelapa.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan adalah dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh, operasi tersebut dijalankan bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh para majikan.

    Untuk maklumat lebih lanjut bolehlah berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Pegawai BPU semasa mengendalikan operasi tersebut. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda