Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Ops Tumpas: Dua warga asing dikesan lakukan kesalahan

    Oleh Nurdiyanah R.
    Gambar serahan JIPK

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sebagai aktiviti penguatkuasaannya, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) Bandar Seri Begawan, baru-baru ini, telah menjalankan beberapa siri operasi.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan JIPK, dalam Operasi Tumpas JIPK 02/2022, pihak penguatkuasaan menyasarkan sebuah kedai alat ganti kereta di kawasan perindustrian Mukim Mentiri, di mana semasa operasi tersebut seorang lelaki warga asing ditahan dan disiasat kerana didapati melakukan kesalahan di bawah Akta dan Peraturan Imigresen Penggal 17 dan tindakan selanjutnya kerana dipercayai pekerja lari daripada majikan (PLDM).

    Sementara itu, pihak penguatkuasaan turut meneruskan siri operasi yang dinamakan sebagai Operasi Tumpas JIPK 04/2022 dan menyasarkan sebuah rumah sewa di kawasan Mukim Serasa yang menjalankan kerja-kerja pembersihan permukaan lampu kereta.

    Kenyataan JIPK turut menyatakan hasil pemeriksaan seorang lelaki warga asing telah didapati melakukan kesalahan peraturan 15 (3) di bawah Peraturan Imigresen Penggal 17 dan beliau serta majikan dikehendaki untuk melaporkan diri ke Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang JIPK bagi siasatan lanjut.

    Dalam pada itu, JIPK akan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan di negara ini dengan melaksanakan secara berterusan pemantauan, operasi dan pemeriksaan berpandukan kepada maklumat yang ada sama ada secara bersendirian atau bersama dengan agensi penguatkuasaan yang lain.

    Sehubungan dengan itu, ke arah aktiviti penguatkuasaan itu, JIPK mengalu-alukan orang ramai bagi sama-sama memberikan maklumat berhubung dengan pesalah imigresen.

    Sebarang maklumat dan nama pemberi maklumat akan dirahsiakan sepenuhnya dengan menghubungi ke talian hotline JIPK di talian 8734888 dan 8753888.

    ATAS & BAWAH: Pekerja-pekerja warga asing yang berjaya ditahan oleh pihak berkuasa semasa operasi tersebut.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...