Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Optimis hadiri kelas universiti

    KABUL – Di Universiti Mustaqbal Pohanton di pinggir timur Kabul, tahun akademik baharu baru sahaja bermula. Universiti di Afghanistan telah ditutup sejak Ogos tahun lalu.

    “Pembelajaran dan pendidikan adalah alat untuk pembangunan negara,” kata pelajar Shagofa Mohammadi. “Saya sangat gembira kerana universiti telah dibuka semula.”

    Mohammadi belajar Undang-undang Syariah. Duduk bersama lebih 20 pelajar perempuan, dia berkata adalah lumrah bagi setiap orang untuk menginginkan pendidikan.

    Mohammadi bimbang dengan kekurangan pensyarah wanita, dan beberapa kelas diajar oleh guru lelaki. “Menurut Undang-undang Islam lelaki dan perempuan harus dididik secara berasingan.”

    Ditubuhkan pada 2014, Universiti Mustaqbal Pohanton mempunyai sejarah menggalakkan wanita untuk mendapatkan pendidikan, walaupun menghadapi cabaran dan masalah ekonomi.

    Naib canselor universiti Najibullah Nasrat juga prihatin terhadap masalah kekurangan guru. Selepas tamatnya pendudukan yang diketuai oleh Amerika Syarikat, ramai ahli akademik melarikan diri dari negara itu untuk lari dari sebarang hukuman Taliban. Nasrat berkata kedua-dua pensyarah lelaki dan perempuan meninggalkan negara ini dalam jumlah yang ramai tahun lepas.

    “Kami mempunyai kira-kira 800 pelajar, termasuk 300 wanita, belajar di sini. Kami mempunyai 45 guru dan hanya 14 daripada mereka adalah wanita,” kata Nasrat kepada Xinhua.

    Naib canselor itu lebih bimbang tentang masalah ekonomi. Ramai pelajar tidak mampu membayar yuran pengajian mereka.

    Pensyarah Shamsudin Ahmadzai mengharapkan penyelesaian, tetapi mengkritik sikap Barat terhadap pendidikan wanita di Afghanistan. Beliau menyeru masyarakat antarabangsa untuk ‘campur tangan dan membantu kami’. – Xinhua

    Kelihatan para pelajar wanita menghadiri kelas di Universiti Mustaqbal Pohanton di Kabul. – Xinhua
    Pelajar wanita Afghanistan kelihatan berada di luar bangunan Universiti Mustaqbal Pohanton di Kabul, Afghanistan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...