Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Orang Asli mohon internet ditutup

    JAKARTA, 9 JUN – Sebuah komuniti Orang Asli di Indonesia telah me-minta agar talian internet di kawasan mereka ditutup bagi meminimumkan ‘impak negatif’ dunia dalam talian, kata pegawai hari ini.

    Orang Badwi, komuniti seramai 26,000 orang di wilayah Banten, Pulau Jawa, memisahkan diri daripada kumpulan luar yang sebahagiannya menggunakan teknologi itu dan mementingkan kesucian nurani bagi menjauhi perangkap kehidupan kontemporari.

    Mereka berpendapat menara telekomunikasi yang dibina dekat kawasan mereka boleh mengancam cara hidup mereka dan akhlak anak muda yang mungkin tergoda untuk menggunakan internet.

    Pegawai di daerah Lebak memberitahu AFP bahawa mereka menerima surat itu pada Isnin dan telah bersetuju untuk berbincang dengan kementerian penerangan Indonesia untuk mencuba dan mematuhi permintaan itu.

    “Pada asasnya kami mahu sentiasa memenuhi kehendak orang Badwi dan perlu mengekalkan tradisi dan kearifan tempatan mereka,” kata pegawai Lebak, Budi Santoso kepada AFP hari ini.

    Beliau berkata internet diperlukan oleh orang Badwi luaran, yang telah memulakan perniagaan dalam talian, tetapi pegawai juga bimbang pelawat atau pelancong boleh mengakses web dan menunjukkan kandungan yang mereka lihat sebagai tidak sesuai untuk orang Badwi. Kebebasan internet di Indonesia yang konservatif, majoriti Muslim adalah isu kontroversi.

    Kerajaan telah mengharamkan perjudian dan pornografi dan mengehendaki penyedia internet menapis kandungan yang mereka anggap tidak sesuai. – AFP

    Gambar bertarikh 28 Mei menunjukkan kanak-kanak Badwi di sungai kampung Kanekes di Lebak, wilayah Banten. – AFP

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...