JAKARTA, Indonesia, 10 Mac – Ahli-ahli politik Indonesia yang memegang peranan utama dalam gabungan pemerintahan Presiden Joko “Jokowi” Widodo telah terbabit dalam skandal rasuah di mana mereka didakwa mencuri wang kerajaan berjumlah lebih daripada AS$170 juta.
Menteri keadilan, bekas menteri dalam negeri, speaker parlimen dan gabenor wilayah sekarang adalah antara mereka yang dinamakan dalam pendakwaan yang dikemukakan di mahkamah rasuah khas semalam pada permulaan perbicaraan dua pegawai Kementerian Dalam Negeri.
Kes itu mungkin berubah menjadi satu ujian kemampuan Jokowi untuk mengambil dasar keras ke atas rasuah, yang mencecah tahap teruk di Indonesia dan menangguhkan pembangunan negara yang terdiri daripada lebih 250 juta penduduk.
Polis anti-rasuah Indonesia mendakwa satu rangkaian yang terdiri daripada kira-kira 80 pengkomplot dan beberapa syarikat menggunakan pengenalan sistem kad pengenalan elektronik berjumlah AS$440 juta pada 2011 dan 2012 untuk mencuri lebih satu pertiga daripada wang.

Media tempatan melaporkan speaker parlimen dan menteri keadilan menafi penglibatan mereka.
Irman dan Sugiharto, dua pegawai yang sedang dibicarakan sekarang, didakwa menerima AS$4.4 juta. Pendakwa berkata wang selebih daripada AS$172 juta diagih di antara berpuluh orang lain yang terbabit.
Menteri keadilan dan speaker parlimen adalah daripada parti politik yang telah memberikan sokongan mereka kepada kerajaan Jokowi, yang pada mulanya tidak mempunyai majoriti parlimen ekoran pemilihan calon pengingkar pada 2014.
Transparensi Antarabangsa pada 2016 memberikan Indonesia skor rasuah 37 berdasarkan skala 1 hingga 100, di mana 100 adalah bebas daripada rasuah sepenuhnya. Daripada 176 negara yang dinilai, Indonesia menduduki tempat ke-90, jauh daripada matlamatnya unruk menduduki tangga ke-50 pada tahun 2016. – AP