Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Orang ramai dialu-alukan derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 SEPT – Empat buah lokasi akan menjadi tumpuan bagi kempen derma darah yang dikendalikan oleh Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal sepanjang minggu ini.

    Kementerian Kesihatan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, kempen akan bermula esok di Tingkat 1, Kompleks Membeli-belah Mabohai dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Manakala pada 14 September, ia akan diadakan di Dewan Serbaguna Balai Polis Berakas dari pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi seterusnya di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi pada 15 September dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Sementara itu, kempen anjuran imagine Sdn Bhd akan diadakan di Lantai Bawah, Pusat Membeli-belah Times Square, Berakas pada 17 September dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah digalakkan membuat tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad bagi mana-mana kempen derma darah berkenaan.

    Dalam pada itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Belait masih kekurangan bekalan darah jenis O dan bantuan orang ramai adalah sangat diharapkan dalam sama-sama membantu meningkatkan bekalan darah tersebut.

    Orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah berkunjung terus ke tabung darah berkenaan bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja saja.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook (@bloodbank.ripas).

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...