Orang ramai dialu-alukan sertai kempen derma darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 JUN – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama tampil ke hadapan menghulurkan bakti dalam kempen menderma darah yang akan diadakan pada 6 Jun ini.

Kempen berkenaan akan diadakan di Kompleks Mabohai, Jalan Kebangsaan, di sini dari pukul 10 pagi sehingga 2 petang.

Antara tujuan kempen tersebut diadakan adalah untuk membantu menambah tabung darah bagi keperluan sesiapa sahaja yang memerlukan di samping membantu Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS dalam memastikan ketersediaan bekalan darah yang selamat dan boleh dipercayai.