Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Orang ramai diseru ambil dos penggalak

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 FEB – Dengan penularan varian Omicron, kes jangkitan tempatan dijangka akan meningkat, oleh itu orang ramai yang belum mendapatkan dos penggalak disarankan untuk mendapatkannya.

    Mereka yang belum bervaksin juga diminta untuk melakukannya secepatnya dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang telah disediakan.

    Saranan itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam yang berlangsung di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Mengulas persoalan mengenai super spreader, Yang Berhormat Dato berkata bahawa setakat ini tidak ada yang didapati melalui kluster yang telah dikesan tapi orang ramai perlu faham, dengan adanya penularan Omicron ini, ia akan cepat merebak berbanding Delta dan besar kemungkinan angka akan meningkat.

    “Walaupun Omicron ini diketahui gejalanya ringan tapi ia hanya bagi orang yang bervaksinasi saja,” tambahnya.

    Mengulas mengenai ramalan kemuncak lonjakan kes jangkitan, beliau berkata, ia selalunya dapat dilihat dalam masa dua hingga tiga minggu selepas ada penularan seperti yang didapati di negara lain, namun di negara ini, jumlah kes yang dicatat dalam masa dua ke tiga hari, kekal sekitar 370 oleh itu, situasi perlu dilihat dalam beberapa hari lagi.

    Orang ramai yang belum mengambil dos penggalak disarankan untuk mendapatkan dos berkenaan sebagai langkah berjaga-jaga, terutama sekali dengan lonjakan kes jangkitan yang berlaku baru-baru ini.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...