Orang utan di Sabah jalani saringan COVID-19

KUALA LUMPUR, 13 SEPT – Puluhan orang utan yang terancam di Malaysia telah diuji bagi koronavirus, di mana petugas-petugas veterinar dengan kelengkapan perlindungan menjalankan tugas rumit melakukan ujian swab.

Ujian-ujian antigen terhadap 30 ekor haiwan berbulu merah di Sabah, di pulau Borneo itu telah dilakukan Selasa lalu dan semua ujian disahkan negatif, pegawai-pegawai hidupan liar berkata.

Ia adalah ujian-ujian virus pertama yang dilakukan terhadap orang utan di negara Asia Tenggara berkenaan dan dilakukan selepas kakitangan di sebuah pusat pemulihan dan taman hidupan liar dijangkiti virus berkenaan.

“Ujian bagi COVID-19 adalah alat penting dalam membantu menangani pandemik ini dan ia juga sama penting bagi populasi orang utan,” kata Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sen Nathan yang menambah, penyakit ini terbukti dapat memudaratkan kesihatan dan pemulihan orang utan berkenaan. 

Petugas-petugas veterinar terus memantau haiwan-haiwan berkenaan dan ujian akan kerap dijalankan, kata pegawai-pegawai.

Haiwan-haiwan boleh dijangkiti COVID-19 di mana pada hujung minggu, sebuah zoo di Atlanta telah mengumumkan bahawa beberapa ekor gorilanya telah diuji positif.

Kucing, anjing dan sekurang-kurangnya seekor feret peliharaan juga telah dijangkiti. – AFP