Orang utan dikembalikan ke tempat asal

JAKARTA, 19 JUN – Seekor orang utan menoleh semula ke arah penyelamatnya sebelum memanjat kurungan besinya dan berayun dari pokok ke pokok lain dan bergantung secara terbalik.

Elaine yang berusia lima tahun, primat berbulu gebu berwarna kulit kayu manis itu adalah salah seekor daripada dua orang utan Sumatera yang terancam telah dibebaskan ke habitatnya hari ini.

Dua beruk betina itu diselamatkan selepas dijadikan sebagai haiwan peliharaan oleh penduduk kampung di wilayah Aceh di pulau Sumatera.

Elaine dan Reipok Rere berusia empat tahun telah diajar kira-kira dua tahun untuk menjaga diri sendiri di pusat pemulihan dan ‘sekolah hutan’ sebelum dikembalikan ke habitatnya di Hutan Simpan Pinus Jantho.

Kedua-duanya telah menyertai hampir 120 orang utan lain yang dibebaskan daripada kurungan di tapak pemuliharaan, kata agensi pemuliharaan sumber semula jadi Aceh.

Penyelamatan itu adalah berita menggembirakan bagi spesies yang sangat terancam itu, yang habitatnya dilihat semakin susut secara drastik dalam beberapa dekad lalu yang sebahagiannya disebabkan oleh pembalakan hutan, penanaman kelapa sawit dan perlombongan. – AFP

Gambar yang diambil pada 18 Jun menunjukkan seorang renjer melihat Elaine di hutan simpan di Jantho. – AFP