Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Orange Esports, Todak harapan Malaysia

    PUCHONG, 3 JUN – Pasukan e-sukan, Orange Esports dan Todak, diharap dapat mempamerkan prestasi cemerlang untuk muncul juara Piala Asia Tenggara Mobile Legends (MSC) 2022, yang berlangsung pada 11 hingga 19 Jun ini.

    Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yakin bahawa harapan tersebut mampu direalisasikan lebih-lebih lagi Malaysia menjadi tuan rumah kepada kejohanan berkenaan buat julung kalinya.

    “Saya tahu akan kebolehan mereka dan saya juga memantau dari jauh perkembangan mereka sejak saya di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

    “Bermain di tempat sendiri disertai dengan kebolehan atlet kita, saya amat yakin mereka boleh menjuarai kejohanan tersebut kali ini,” katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran MSC 2022 di sini, hari ini.

    Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Timbalan Menteri KBS, Datuk Seri Ti Lian Ker dan Ketua Pegawai Eksekutif ESports Integrated (ESI), Ahmed Faris Amir.

    Terdahulu, pembangun e-sukan mudah alih popular Mobile Legends – Moonton Games dengan kerjasama KBS, melancarkan kejohanan MSC yang memasuki edisi kelima dengan pusat pameran dan perdagangan antarabangsa Malaysia, sebagai tempat pertandingan.

    Sebanyak 12 pasukan yang mewakili tujuh negara bakal bertanding dalam kejohanan tersebut, dengan perlawanan pusingan awal bermula pada 11 Jun ini sebelum dua pasukan terbaik, bertemu dalam pusingan akhir pada 19 Jun nanti. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...