BEIJING – China buat pertama kalinya akan mengadakan pesta muzik klasik sejak bermulanya penularan pandemik koronavirus di negara tersebut, yang akan turut menampilkan ahli muzik dari bandar titik bermulanya penularan wabak tersebut dalam usaha untuk membantu mereka yang sedang dalam proses pemulihan dari segi psikologi dan emosi.
Zou Ye, yang merupakan seorang komposer berasal dari bandar Wuhan, bandar yang terletak di tengah China di mana virus tersebut pertama kalinya dikesan pada penghujung tahun lalu, berkata konsert yang akan diadakan pada malam minggu itu merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghilangkan rasa kekecewaan dan tidak berdaya terhadap rasa minat dan bertoleransi, dan berharap ia akan menjadi ‘balas dendam yang terbesar kepada alam semula jadi’.
Ahli muzik dari Orkestra Filharmonik Wuhan akan mempersembahkan simfoni koir yang diberi nama ‘To 2020’ yang didedikasikan untuk mangsa COVID-19, yang ditulis bersama oleh Zou dan dua orang rakannya.
Lebih 11 juta orang penduduk Wuhan dan kawasan sekeliling bandar tersebut menjalani 76 hari pengasingan diri semasa permulaan pandemik. Bandar tersebut mencatatkan sebanyak 3,869 kes kematian dari 4,634 jumlah kematian keseluruhan akibat pandemik koronavirus di China dan mencatatkan lebih dari 85,000 kes.
Pada penghujung perintah berkurung pada 8 April yang dilihat sebagai titik permulaan bagi China untuk melawan virus, yang mana kini mereka sudah dapat membendung penularan wabak di negara itu, dengan tiada kes jangkitan setempat dilaporkan dalam masa lebih dari dua bulan.
Walau bagaimanapun, trauma emosional masih lagi menghantui sebilangan besar mereka yang terselamat, ahli keluarga mangsa dan pegawai kesihatan barisan hadapan dan muzik dapat memberikan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan itu, menurut Zou.
“Apa yang kami semua ingin lakukan ialah untuk menceritakan kejadian bersejarah bahawa kami mengalaminya dan ia telah mengubah keadaan di seluruh dunia, dan bagaimana kami perlu berdepan dengan realiti dan menilai kembali apa yang telah kami lakukan terhadap diri sendiri,” Zou memberitahu The Associated Press. “Ada banyak informasi yang sedang kami usahakan – ada perasaan kecewa, tidak berdaya, pujian kepada orang yang berjasa dan harapan.”
Zou berkata bahawa pesta tersebut turut menawarkan harapan kepada para ahli muzik yang terbeban dari segi ekonomi akibat pandemik yang melanda disebabkan oleh kurangnya peluang untuk mengadakan persembahan.
“Apabila ahli-ahli muzik di seluruh dunia kehilangan pekerjaan, kami boleh membantu mereka dengan bekerjasama dengan orkestra,” katanya. “Ia bukan mudah dan kami sangat bersyukur atas peluang ini.”
Pihak kerajaan negara tersebut sedang berusaha untuk mempromosikan kejayaan mereka dalam membendung virus dari menular kembali, dan Zou berkata penganjur pesta tersebut ‘tidak melakukan semua itu untuk propaganda rasmi.”
“Kerja-kerja yang kami usahakan dan kami kerjakan adalah bukan atas permintaan pihak berkuasa,” tambahnya. “Semua ini adalah hasil dari niat dan tujuan kami semata-mata.” – AP