Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Osaka atur pertemuan menentang Gauff

    LOS ANGELES, 3 OGOS – Pemenang Grand Slam empat kali, Naomi Osaka membuat kemunculan pertama selepas berehat selama dua bulan dengan langkah kanan setelah berjaya menundukkan remaja China, Zheng Qinwen pada kejohanan San Jose WTA gelanggang keras.

    Pemain Jepun berusia 24 tahun itu memenangi perlawanan tersebut dengan keputusan 6-4, 3-6, 6-1 menentang lawannya berusia 19 tahun dalam pusingan pertama di kejohanan latihan sebelum Terbuka AS.

    Osaka tidak beraksi dalam perlawanan kompetitif sejak tewas dalam pusingan pertama Terbuka Perancis disebabkan kecederaan Achilles.

    “Sangat hebat untuk kembali bermain,” kata Osaka selepas kemenangan tersebut. “Saya tidak bermain sejak Mei.”

    Bekas pemain nombor satu dunia, Osaka, kini tercicir ke tangga ke-41, akan bermain di pusingan suku akhir menentang pemain pilihan keenam berusia 18 tahun dari Amerika Syarikat (AS), Coco Gauff, naib juara Terbuka Perancis tahun ini.

    Aksi Naomi Osaka membalas pukulan semasa pertemuan menentang Zheng Qinwen di kejohanan San Jose WTA gelanggang keras, kelmarin. – AFP

    Gauff berjaya menyingkirkan lawannya, Anhelina Kalinina dari Ukraine dengan keputusan 6-1, 6-0 dalam masa 54 minit.

    Perlawanan Osaka itu turut menyaksikan kepulangan ayahnya, Leonard Francois, sebagai jurulatih pemain itu. Sebelum ini Osaka bekerjasama dengan Wim Fitssette selama dua tahun.

    “Sangat seronok untuk melihat dia kembali dan saya sangat gembira,” kata Osaka.

    Dalam set pertama perlawanan itu, Osaka berjaya mendahului Zheng 2-1, menyelamatkan mata untuk bertahan di perlawanan keempat dan kekal bertahan untuk memenangi set pertama selepas 45 minit menerusi pukulan servis kemenangan.

    Pemain ranking 51 dunia, Zheng kemudian mendahului 5-3 di set kedua dan memaksa perlawanan dilanjutkan ke set ketiga.

    Osaka dua kali mematahkan pukulan untuk mendahului 4-0 di set terakhir, menghalang Zheng untuk bangkit dengan ace pada break point dan bertahan mendahului 5-0.

    Osaka melengkapkan kemenangan melalui pukulan servis selepas dua jam dan dua minit bermain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...