Osaka bertemu Andreescu

BEIJING, 3 OKT – Naomi Osaka menempah pertemuan menentang juara Terbuka AS, Bianca Andreescu selepas memenangi 10 permainan terakhirnya untuk mara ke suku akhir Terbuka China.

Osaka, 21, juara bertahan Terbuka Australia, mara ke suku akhir dengan kemenangan meyakinkan 6-4, 6-0 ke atas pemain Amerika, Alison Riske.

Bintang tenis wanita itu bakal bertembung dalam saingan suku akhir di Beijing menentang Andreescu, 19, yang menang 6-1, 6-3 ke atas Jennifer Brady lewat hari ini.

Bintang Jepun itu bermula perlawanan di set pertama, tetapi kemudian memenangi 10 permainan berturut-turut dengan bertenaga.

Sementara itu juara bertahan, Caroline Wozniacki turut mara ke suku akhir Terbuka China dengan kemenangan straight set ke atas Katerina Siniakova.

Wozniacki, 29, menyingkirkan Siniakova dengan keputusan 7-5, 6-4 dalam tempoh 98 minit, meskipun dia mensia-siakan beberapa mata perlawanan menuju kemenangan itu.

Pemain pilihan ke-16 itu akan bermain menentang sama ada Daria Kasatkina dan Ekaterina Alexandrova dalam saingan suku akhir.

Wozniacki, juara Terbuka Australia 2018 dan bekas pemain nombor satu dunia, masih belum melepaskan satu set pun dalam tiga perlawanan di Beijing. – AFP

Naomi Osaka membalas pukulan Alison Riske dalam perlawanan yang menyaksikannya menang mudah 6-4, 6-0. – AFP