Osaka huni kedudukan kedua, Medvedev terus meningkat

MELBOURNE, 23 FEB – Pemenang Terbuka Australia Wanita, Naomi Osaka melonjak ke tangga kedua dalam ranking WTA kelmarin, sementara peserta akhir lelaki, Daniil Medvedev meningkat ke kedudukan terbaik dalam kariernya di tangga ketiga, ketinggalan di belakang Novak Djokovic dalam senarai teratas ATP.

Jennifer Brady, pemain berusia 25 tahun dari Amerika Syarikat berada di belakang Osaka, melonjak 11 kedudukan di tangga ke-13. Kali pertama menduduki tangga 20 teratas.

Perjalanan bersejarah Aslan Karatsev dari pusingan kelayakan ke pusingan akhir jelajah sebelum ditundukkan oleh juara sembilan kali Terbuka Australia, Djokovic meletakkannya di kedudukan ke-42 daripada 114, melonjak 72 tangga. Dia merupakan pemain lelaki pertama dalam era profesional untuk mara ke separuh akhir dalam penampilan sulung undian utama kejohanan besar.

Walaupun memenangi dua kejohanan Grand Slam terdahulu, Osaka masih berada di belakang pemain nombor satu, Ash Barty – yang disingkirkan di pusingan suku akhir di Melbourne Park – cara jelajah tenis membuat kiraan yang dipanggil ‘pembekuan’ ranking selepas digantungkan musim lalu disebabkan pandemik koronavirus.

Bagi tidak menjejaskan ranking pemain jika mereka tidak menyertai kejohanan disebabkan oleh penularan COVID-19, WTA memberikan pujian kepada pemain terbaik dalam 16 kejohanan sejak Mac 2019.

Barty hampir setahun tidak beraksi, sebagai contoh, tetapi masih mengekalkan mata dari memenangi Terbuka Perancis pada 2019 dan mara ke pusingan separuh akhir di Terbuka Australia 2020.

Serena Williams naik empat kedudukan dari nombor 11 kepada tangga ketujuh untuk kembali di kedudukan 10 teratas selepas mara ke pusingan separuh akhir di Australia, setahun selepas tewas dalam pusingan ketiga di sana.

Dia ditewaskan oleh Osaka, yang mencatat kemenangan 6-4, 6-3 ke atas Brady di final pada Sabtu untuk merangkul kejuaraan keempat dalam kejohanan utama, di mana kesemuanya di gelanggang mencabar seperti Terbuka AS 2010 dan 2018 dan Terbuka Australia 2019 dan 2021. – AP

Reaksi Naomi Osaka menjulang trofi kejuaraan Terbuka Australia baru-baru ini. Osaka kini menduduki tangga kedua dalam ranking WTA. – AFP