Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Osaka kembali raih kemenangan

    INDIAN WELLS, 11 MAC – Juara Grand Slam empat kali, Naomi Osaka berjaya mengelak daripada kalah awal apabila kembali ke Indian Wells dengan mengalahkan Sloane Stephens 3-6-, 6-1, 6-2 dalam pertembungan pusingan pertama.

    Naomi dari Jepun, bermain di kejohanan pertamanya sejak penyingkiran pusingan ketiga di Terbuka Australia menyaksikannya ketinggalan 0-2 pada set ketiga tetapi memenangi enam permainan terakhir untuk memastikan kemenangan acara WTA dan ATP Masters ke atas bekas juara Terbuka Amerika Syarikat (AS) itu.

    Dalam angin padang pasir California yang bertiup kencang, Naomi menyelamatkan tiga pukulan servisnya di permainan ketiga set penentuan untuk melancarkan pukulan rali terakhirnya dalam perlawanan yang berlangsung sengit.

    “Saya berasa seperti saya berjuang untuk nyawa saya. Saya bukan saja bermain menentangnya, saya bermain melawan angin.

    “Ia tidak masuk akal. Saya sentiasa berfikir dia mengalami keadaan yang sama seperti saya, jadi saya hanya perlu merelakan diri saya untuk memukul sekuat yang saya boleh,” kata Naomi.

    Osaka nampaknya dapat menyesuaikan diri dengan lebih cepat, mendahului 3-1 tetapi Stephens memenangi lima permainan straight set untuk meraih set pembukaan sebelum Osaka bangkit semula dalam set kedua – memenangi empat permainan sebelum Stephens melancarkan pukulan servisnya yang cemerlang.

    “Dia adalah seorang juara,” kata Osaka mengenai Stephens. “Mudah-mudahan jika kami bermain lagi pada masa depan, keadaan akan menjadi lebih ideal.” – AFP

    Aksi pemain Jepun Naomi Osaka membalas pukulan daripada Sloane Stevens dari AS pada Kejohanan Terbuka BNP Paribas di Indian Wells Tennis Gardens pada 10 Mac 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...