Osaka laung amaran ke atas Brady

MELBOURNE, 19 FEB – Naomi Osaka berkata tiada sesiapa yang mahukan kekalahan dan dia tidak merancang untuk mengalaminya ketika dia berusaha untuk merebut kejuaraan Grand Slam keempatnya menentang Jennifer Brady dalam final Terbuka Australia esok.

Trofi kedua di Melbourne Park memberikan pemain berusia 23 tahun dari Jepun itu separuh kemenangan daripada kejohanan yang disertainya sejak pertama kali beraksi di final Terbuka Amerika Syarikat pada tahun 2018 – satu perlawanan hebat yang selalu dikenang ketika dia berjaya menewaskan pemain terkemuka, Serena Williams.

Kemenangan Osaka menentang Williams di separuh akhir pada Khamis mengakhiri percubaan terakhir pemain berusia 39 tahun itu untuk mengekalkan kecemerlangan dalam rekod sekali gus telah menyaksikan pemain baharu berjaya menakluki tangga teratas kedudukan tenis daripada pemain Amerika.

Osaka berada di barisan hadapan pemain muda terkemuka selepas meraih pengalaman bertarung dalam tekanan dan dia telah melaungkan amarannya untuk pemain Amerika Syarikat, Brady menjelang final.

“Saya rasa aksi pada final ini adalah yang paling mencabar. Saya rasa di situlah anda dapat membezakan diri sendiri,” katanya.

Osaka menjadi kegemaran ramai untuk menewaskan Brady, yang membuat debut terakhir Grand Slam selepas dipaksa menjalani kuarantin 14 hari menjelang Terbuka Australia. – AFP

Reaksi Naomi semasa sidang media selepas menewaskan Serena Williams pada separuh akhir kejohanan tenis Terbuka Australia di Melbourne, pada 18 Februari. – AP