Osaka lebarkan rekod kemenangan

NEW YORK, 31 OGOS – Juara bertahan, Naomi Osaka meneruskan rekod kemenangan Grand Slam kepada 16 perlawanan kelmarin di Terbuka AS sementara pemain pilihan ketiga, Stefanos Tsitsipas bergelut untuk menewaskan Andy Murry dalam lima set.

Osaka, yang memburu kejuaraan Terbuka AS ketiga dalam masa empat tahun, mengalahkan pemain Republik Czech ranking ke-87, Marie Bouzkova, 6-4, 6-1 di Stadium Arthur Ashe yang padat untuk menempa perlawanan di pusingan kedua dengan pemain Serbia, Olga Danilovic.

“Perasaan seperti tidak percaya untuk bermain di hadapan semua orang sekali lagi,” kata Osaka. “Saya merasa sangat selesa di sini. Lega kerana berjaya menang.”

Osaka menewaskan Bouzkova dalam pertemuan sebelumnya di pusingan pertama Terbuka Australia tahun lalu semasa mengejar gelaran Grand Slam keempat.

Bintang Jepun berusia 23 tahun itu mampu menjadi pemain pertama menjuarai Terbuka AS Wanita sebanyak dua kali berturut-turut sejak Serena Williams melakukannya, yang terkeluar pada tahun ini kerana kecederaan hamstring, memenangi pusingan ke tiga berturut-turut pada 2014.

Rekod kemenangan utama Osaka termasuk yang terbaharu memenangi Terbuka AS dan Australia serta pusingan pertama di Terbuka Perancis sebelum menarik diri disebabkan kesihatan mental.

Osaka, yang menyalakan obor di Sukan Olimpik Tokyo, menghadiahkan pin Olimpik kepada kanak-kanak perempuan di venue yang sama di mana dia memenangi kejuaraan pada tahun lalu apabila peminat diharamkan disebabkan COVID-19.

Osaka mendahului Bouzkova di perlawanan ke-10 set pertama apabila pemain Republik Czech, ditundukkan 2-0 di set kedua dalam perlawanan yang berlangsung selama 93 minit. – AFP

Aksi Naomi Osaka membuat pukulan semasa pertemuan menentang Marie Bouzkova di Terbuka AS, kelmarin. – AP