Thursday, April 18, 2024
34.4 C
Brunei

    -

    Osaka pamer aksi mantap

    MIAMI, 24 MAC – Naomi Osaka meneruskan pemburuan dan mempamerkan aksi cemerlang untuk mara ke pusingan kedua terbuka Miami dengan kemenangan straight set ke atas pemain Australia, Astra Sharma.

    Bintang Jepun itu mengalami kekalahan memeritkan di Indian Wells 10 hari lalu dan dia berlinangan air mata apabila diejek oleh penonton selepas kalah kepada Veronika Kudermetova.

    Begitupun juara empat kali Grand Slam yang memberikan tempoh rehat sementara dari tenis pada 2021 untuk memulihkan isu membabitkan kesihatan mental itu tetap mempamerkan aksi mantap di Stadium Hard Rock untuk menewaskan pemain nombor 96 dunia, Astra, 6-3, 6-4.

    “Perlawanan terakhir saya baru-baru ini adalah kenangan yang tidak begitu baik buat saya,” kata Naomi.

    “Saya hanya mahu membuktikan saya mampu bangkit semula, bersaing dan mempunyai sikap yang baik.”

    Naomi akan berdepan pemain Jerman, Angelique Kerber pada pusingan berikutnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...