Osaka tersingkir di Terbuka Madrid

MADRID, 3 MEI – Naomi Osaka berkata dia mempunyai rancangan yang lebih baik untuk bermain di gelanggang tanah liat selepas dia disingkirkan di pusingan kedua di Terbuka Madrid, kelmarin, pemain Jepun yang merupakan pemain pilihan kedua, tewas 6-4, 3-6, 6-1 kepada Karolina Muchova.

Dalam perlawanan lain, juara Madrid dua kali, Simona Halep berjaya bertahan daripada kebangkitan pemain China, Zheng Saisai untuk mencatatkan kemenangan 6-0, 6-4 tetapi Victoria Azarenka tersingkir, selepas dia menarik diri dari pusingan kedua perlawanan menentang Jessica Pegula disebabkan kecederaan bahagian belakang.

Osaka, juara bertahan Terbuka AS dan Australia, memenangi tujuh kejuaraan di gelanggang keras, tetapi gagal menjulang trofi di gelanggang tanah liat.

Bermain di gelanggang tanah liat buat kali pertama sejak Terbuka Perancis 2019, Osaka menewaskan rakan senegaranya, Misaki Doi dalam pusingan pertama, tetapi gagal menewaskan Muchova, yang membuat penampilan kedudukan 20 teratas minggu ini.

“Banya perkara positif dapat diambil,” kata Osaka sejurus perlawanan.

“Saya dapat mengawal kelakuan dan bagaimana saya berusaha dengan keras dan bagi saya, saya rasakan bermain dengan baik.

“Secara fizikal, saya tidak merasa penat. Saya membuat beberapa keputusan teruk dalam saat penting. – AFP

Aksi Naomi Osaka ketika beraksi menentang Karolina Muchova di Terbuka Madrid, baru-baru ini.- AP