Saturday, September 23, 2023
23.7 C
Brunei

    -

    OSCE tuntut Rusia bebaskan staf Ukraine

    VIENNA, 13 SEPT – Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE) kelmarin sekali lagi menuntut Rusia agar segera membebaskan tiga pekerjanya dari Ukraine, yang telah ditahan lebih 500 hari, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    “Pegawai OSCE tidak sepatutnya ditangkap atau ditahan atas pekerjaan yang mereka lakukan dalam melaksanakan amanah mereka,” kata Menteri Luar Macedonia, Utara, Bujar Osmani, yang tahun ini memegang jawatan pengerusi OSCE.

    “Penahanan ini adalah satu tindakan tidak berperikemanusiaan dan pencabulan hak mereka secara terang-terangan,” tambahnya.

    Ketiga-tiga lelaki itu telah ditahan pada April 2022 di Donetsk dan Luhansk di timur Ukraine, di mana mereka sedang menjalankan tugas rasmi mereka. Dua daripada mereka dijatuhi hukuman penjara 13 tahun setiap seorang pada September 2022 di kubu pemisah yang dikawal Rusia di Luhansk kerana didakwa mengintip.

    OSCE yang beribu pejabat di Vienna memutuskan pada penghujung Februari 2022 untuk menarik balik pemerhati antarabangsanya sebagai tindak balas kepada pencerobohan Rusia.

    Pemerhati yang tidak bersenjata itu sedang memantau gencatan senjata antara tentera kerajaan Ukraine dan pemisah pro-Rusia di wilayah Luhansk dan Donetsk. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Lebih 30,000 orang dibawa ke hospital akibat strok haba

    TOKYO, 22 SEPT – Jepun pada Ogos menyaksikan sejumlah 34,835 individu dibawa ke hospital di seluruh negara dengan gejala strok haba, ketika negara itu...