Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Osimhen bantu Napoli mendahului liga

    MILAN, ITALI, 17 OKT – Victor Osimhen memastikan Napoli terus menguasai Serie A menerusi kemenangan 3-2 menentang Bologna yang merupakan kemenangan ke-10 berturut-turut mereka dalam semua kejohanan.

    Penyerang Nigeria, Osimhen meledak pada minit ke-69 bagi memastikan kemenangan buat Napoli yang masih belum pernah kalah dan mengekalkan kelebihan dua mata berbanding Atalanta di persada liga.

    Ia adalah gol pertamanya dalam liga sejak Ogos selepas mambantu pasukannya layak ke kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara menerusi gol pada pertengahan liga di Naples menentang Ajax.

    “Adalah penting buat saya mendapatkan gol dalam stadium ini kerana suasananya amat menakjubkan,” kata Osimhen kepada DAZN.

    “Saya gembira dapat membantu pasukan dengan gol dan kemenangan ini, saya percaya kami akan terus memberikan tekanan dengan rentak ini.”

    Pemain Napoli, Victor Osimhen meraikan jaringan kemenangan pasukannya pada aksi Serie A Itali menentang Bologna di Stadium Diego Armando Maradona, Naples, Itali. – AP

    Bagaimanapun, kemenangan awal pagi tadi jauh daripada persembahan baik yang diharapkan ketika bertemu Bologna, yang berada di kedudukan ke-17 namun menerima pujian selepas aksi di Stadio Maradona tanpa bintang utama Marko Arnautovic.

    Manakala, AC Milan mula mendapat tonik untuk mempertahankan kejuaraan mereka dengan kemenangan 2-1 di Verona yang membawa mereka ke tangga ketiga, tiga mata di belakang Napoli.

    Sandro Tonali meledak gol kemenangan juara bertahan itu berbaki sembilan minit saingan, gol pertamanya musim ini dan menyelamatkan skuad dibelenggu kecederaan Stefano Pioli daripada jauh ketinggalan dalam pemburuan.

    “Kami gembira walaupun bukan malam yang baik, kami masih mendapat mata diperlukan,” kata Tonali.

    Ini kali pertama Verona bermain di bawah bimbingan jurulatih baharu, Salvatore Bocchetti yang dinaikkan pangkat daripada pasukan belia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...