Osimhen jalani pembedahan, terlepas aksi sebulan

ROM, 23 NOV – Penyerang Napoli Victor Osimhen akan menjalani pembedahan hari ini selepas mengalami keretakan muka berikutan pelanggaran kepala semasa kekalahan hujung minggu di Inter Milan, umum pemimpin Serie A semalam.

Pemain Nigeria itu, yang terpaksa menghabiskan malam Ahad di bawah pengawasan di sebuah hospital di Milan selepas perlawanan di San Siro, ‘akan kembali ke Naples pada petang Isnin,’ kata Napoli di laman webnya. “Dia akan diletak di bawah pengawasan rapi dan akan menjalani pembedahan hari ini,” tambahnya. Pemain berusia 22 tahun itu berjaya berjalan keluar padang, jelasnya bingung dan dengan wajah bengkak, selepas rebah dalam perebutan bola dengan Milan Skriniar. Ujian mendedahkan ‘pelbagai keretakan di rongga mata kiri dan tulang pipi.’

Tidak ada tarikh akhir yang telah diberikan untuk pengembalian aksi Osimhen tetapi media Itali meramalkan ketidakhadiran sekurang-kurangnya sebulan, yang akan mengetepikannya daripada perlawanan Napoli sepanjang tahun. Ia mungkin lebih lama sebelum dia bermain untuk kelab sekali lagi memandangkan dia dijangka beraksi untuk Nigeria dalam Piala Negara-Negara Afrika di Cameroon yang berlangsung sehingga Januari dengan final dijadualkan pada 6 Februari. – AFP

Aksi Victor Osimhen semasa bergelut mendapatkan bola dengan Paulo Fernandes (kiri) semasa perlawanan kelayakan Piala Dunia di antara Nigeria dan Cape Verde di stadium Teslim Balogun, Surulere di Lagos baru-baru ini. – AFP