Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Osimhen perancang utama kemenangan 10-0

    JOHANNESBURG, 14 JUN – Penyerang Napoli, Viktor Osimhen berjaya menjaringkan empat gol ketika Nigeria membelasah Sao Tome e Principe 10-0 di Maghribi, mencatat rekod kemenangan terbesar dalam sejarah perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), kelmarin.

    Perlawanan kelayakan untuk kejohanan yang diadakan dua tahun sekali itu bermula sejak 1961 dan Ghana, Kenya serta Libya berkongsi rekod dengan lapan gol kemenangan sehingga Nigeria mengganas semasa perlawanan di tempat peranginan Atlantik, Agadir.

    Dalam perlawanan kumpulan A, Nigeria mendahului 3-0 pada separuh masa pertama, dan pada separuh masa kedua Nigeria berpesta gol melalui jaringan Terem Moffi dengan dua gol, Moses Simon, Oghenekaro Etebo, Ademola Lookman dan Emmanuel Dennis.

    Nigeria berada di kedudukan 153 lebih tinggi dalam ranking dunia berbanding Sao Tome, perlawanan berat sebelah itu sudah dijangka, tetapi selepas perlawanan sengit pada separuh masa pertama, perlawanan tersebut menjadi seperti sesi latihan untuk pasukan Super Eagles itu.

    Sementara itu, Nigeria memecahkan rekod jaringan terbanyak mereka dalam kelayakan AFCON dengan membolosi gawang lawan tujuh kali menentang Burkina Faso pada 1991, dengan Rashidi Yekini meledak empat gol.

    Pasukan Sao Tome sepatutnya menjadi pasukan tuan rumah dalam perlawanan itu, tetapi terpaksa dipindahkan ke Maghribi kerana negara kepulauan kecil itu tidak memiliki stadium yang memenuhi piawaian antarabangsa.

    Penjaga gol, Anastacio Braganca, adalah salah seorang daripada kesebelasan utama Sao Tome, gagal membuat 15 penyelamatan dalam dua perlawanan selepas Guinea-Bissau menjaringkan lima gol menewaskan Sao Tome pada aksi perlawanan minggu lalu.

    Selepas membantu pasukannya menewaskan lawan, Osimhen kini merupakan penjaring terbanyak dalam kelayakan AFCON 2023 dengan mengumpul lima gol, berada satu gol dihadapan pemenanga Pemain Terbaik Tahunan Afrika iaitu Sadio Mane dari Senegal.- AFP

    Gambar fail menunjukkan Samuel Chukwueze (tengah) mengawal bola semasa perlawanan kelayakan AFCON 2023 antara Nigeria dan Sierra Leone di Stadium Moshood Abiola, Abuja, 9 Jun 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...