Osimhen selamatkan maruah Napoli

LONDON, 17 SEPT – Victor Osimhen berjaya meledak dua gol semasa Napoli ketinggalan 2-0 untuk menyelamatkan pasukan terikat seri 2-2 di Leicester, sementara Lyon berjaya membenam Rangers 2-0 pada perlawanan pembukaan Liga Europa peringkat kumpulan.

Dalam perlawanan terdahulu, Celtic mensia-siakan peluang mendahului dua gol untuk tewas 4-3 di tangan Real Betis manakala West Ham mencetak kemenangan meyakinkan 2-0 semasa menentang Dinamo Zagreb.

Leicester terlepas aksi bermain di Liga Juara-Juara buat kali kedua berturut-turut selepas mereka menamatkan saingan di Liga Perdana Inggeris di tangga kelima musim lalu.

Namun The Foxes berazam untuk mara lebih jauh berbanding menamatkan saingan kelompok 32 terakhir di Liga Eropah musim lalu dan memulakan kempen mereka menentang pasukan gergasi Itali.

Ayoze Perez meledak gol buat pasukan tuan rumah selepas menerima hantaran lintang Harvey Barnes setelah perlawanan bermula sembilan minit.

Aksi Victor Osimhen mengawal bola melepasi dua pemain pertahanan Leicester semasa pertemuan di Liga Europa, awal pagi kelmarin.- AFP

Kemudian gol jaringan Patson Daka dibatalkan oleh tinjauan VAR setelah didapati pemain tersebut berada di kedudukan ofsaid, tetapi Barnes segera memulihkan kekecewaan pasukan kendalian Brendan Rodgers dengan penyudah kemas untuk menggandakan kedudukan Leicester.

Pengurus Napoli, Luciano Spalletti, yang menurunkan pasukan terkuatnya, segera memberi respons pada 15 minit terakhir perlawanan hasil usaha Osimhen.

Pemain kebangsaan Nigeria itu dibeli dengan harga 70 juta euro dari Lille tahun lalu, berjaya menjaringkan gol melepasi penjaga gawang Leicester, Kasper Schmeichel untuk membawa pasukannya kembali mengejar perlawanan.

Osimhen sekali lagi menjadi wira selepas menewaskan Caglar Soyuncu untuk menanduk masuk bola ke gawang dan menyamakan kedudukan.

Malam Leicester bertambah buruk semasa masa kecederaan apabila Wilfred Ndidi dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua. – AFP