Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

    FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak.

    Seiichi Sano mula meluangkan masa emasnya pada usia 80 tahun dengan mendaki Gunung Fuji kerana kehidupannya sebelum ini telah disibukkan dengan mengurus syarikatnya.

    Beliau yang berusia 90 tahun lewat tahun ini dan selepas diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai peluncur tertua, bersedia untuk menjalani cabaran lain.

    “Mungkin saya akan mencuba rock climbing,” katanya, mencadangkan dia mungkin melakukannya di gim terlebih dahulu.

    “Di luar mungkin agak berbahaya,” ujarnya.

    Dia juga menolak untuk melakukan lompatan bungee. “Terlalu menakutkan,” katanya.

    “Saya rasa, amat menarik untuk mencuba meluncur ombak sehingga saya berumur 100 tahun. Saya rasa dengan menetapkan matlamat seperti ini, membuatkan saya lebih menjaga diri sendiri. Sekarang pun, saya lebih menjaga diri saya berbanding sebelum ini.”

    Sano tinggal kira-kira 20 minit dari Yokohama dan menghabiskan kebanyakan hujung minggu di pantai berpasir hitam berhampiran Enoshima, pulau kecil yang menjadi tuan rumah pelayaran untuk Sukan Olimpik Tokyo baru-baru ini dan merupakan pelabuhan untuk Sukan 1964.

    “Saya tidak menganggap diri saya orang tua,” katanya dalam pakaian basah di samping papan luncur di sebelahnya.

    “Saya tidak pernah berfikir saya orang tua. Saya sentiasa merasakan bahawa saya masih boleh bergerak ke hadapan. Saya masih boleh melakukannya. Saya masih boleh menikmatinya,” ujarnya.

    Enoshima ialah kawasan yang berombak kecil, yang sesuai dengan Sano. Dia menyertai ratusan peluncur lain hari ini, menunggu ombak yang lebih besar datang.

    Semua peluncur lain sudah tentu jauh lebih muda seperti pelajar sekolah rendah atau sekolah menengah yang juga bekerja dengan pengajar luncur Sano, Kazuto Shimizu berusia 46 tahun.

    “Saya hanya boleh mengatakan bahawa saya hanya menikmati diri sendiri dan melakukan apa yang saya mahu tanpa tertekan,” katanya. – AP

    Seiichi Sano ketika meredah ombak di Pantai Katase Nishihama pada 30 Mac. – AP
    Seiichi Sano, kedua kiri, bersiap sedia untuk meluncur bersama peluncur muda di Fujisawa, selatan Tokyo, 30 Mac 2023. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...