Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Otai kongsi khasiat dan rahsia bambangan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    Buah bambangan atau lebih dikenali sebagai buah mambangan merupakan antara buah yang menjadi pilihan untuk dinikmati apabila datangnya musim buah, ia mempunyai rasa seakan-akan buah mangga, manis dan masam tetapi isinya kasar dan kulitnya tebal.

    Pada asalnya ia hanya ditemui di dalam hutan disebabkan oleh pohonnya yang tinggi, tapi kini ia boleh dijumpai di kebun atau perkarangan rumah, gerai-gerai kampung dan gerai di tepi jalan.

    Selain itu, buah ini mempunyai pelbagai khasiat yang tersendiri, yang mana kebanyakan orang memakan buah bambangan sebagai santapan bagi mereka yang dalam proses harian untuk menurunkan berat badan.

    Khasiat buah bambangan

    Mungkin ramai yang belum mengenali khasiat buah bambangan, antioksida yang terdapat dalam buah ini sangat tinggi selain isi kandungannya juga sangat padat, mengalahkan antioksida buah lain seperti mangga, oren dan nanas.

    Antioksida merupakan nutrisi yang penting untuk tubuh badan bagi mengelakkan penghasilan radikal bebas yang mengakibatkan penyakit.

    Buah bambangan bukan saja dimakan isinya malah biji dan kulitnya boleh dijadikan masakan dan ulam.
    Kulit buah bambangan yang diolah sebagai masakan.
    Biji bambangan yang kebiasaannya dijadikan ulam.

    Di samping itu, ia mempunyai komponen penting bagi menyihatkan kulit dengan cara memudarkan garis halus, kedutan serta tona kulit yang tidak sekata.

    Selain itu, ia juga mempunyai kandungan vitamin C yang sangat tinggi berbanding buah mangga yang mana setiap 100 gram buah bambangan dapat membekalkan sebanyak 51 peratus vitamin C harian.

    Mempelbagai bambangan

    Buah bambangan bukan sahaja berkhasiat, ia juga mempunyai rasa yang sedap bukan saja isi namun biji dan kulitnya boleh dijadikan masakan dan ulam-ulaman untuk dinikmati.
    Generasi masa kini mungkin kurang mengetahui khasiat dan cara masakan buah berkenaan yang boleh dipelbagaikan.

    “Apabila tiba musim buah, lebih-lebih lagi musim buah bambangan, pastinya orang akan membelinya untuk dimakan dan disimpan di dalam peti ais sebagai stok untuk kegunaan akan datang.”

    Perkara ini dikongsikan oleh Hajah Noiah binti Haji Bidin, 65, yang menjelaskan buah bambangan ini boleh diolah dalam pelbagai cara masakan, sama ada isinya dimakan seperti biasa ataupun dijadikan sebagai sambal, namun ada juga yang suka isinya dijadikan jeruk kerana ia mampu bertahan lama.

    Selain isinya, biji dan pucuk daun muda bambangan juga boleh dijadikan sebagai ulam atau sambal, walaupun bijinya terasa sedikit pahit namun ia enak dimakan bersama hidangan yang lain.

    “Buah bambangan bukan hanya dimakan isinya, tetapi hampir kesemuanya boleh dimakan malah kulit bambangan juga dijadikan sebagai sayur atau dijadikan sambal.” katanya.

    Potensi buah bambangan

    Manakala semasa temu bual dengan penjual buah bambangan pula berkata, Walaupun buah ini belum banyak dijual namun permintaannya di luar jangkaan.

    “Malah ada juga pelanggan yang meminta untuk dihubungi bila sudah ada bekalan stok yang sampai,” katanya.

    Seorang peniaga sampingan yang hanya mahu dikenali sebagai Haji Aji, 67, mendapatkan buah-buah berkenaan yang dibeli daripada penduduk kampung dalam sama-sama untuk menjana pendapatan.

    Beliau seterusnya menjelaskan, kebanyakan yang mengusahakan kebun buah itu terdiri daripada golongan warga emas yang berumur sekitar 65 hingga 80 tahun. “Buah bambangan ini perlu diperkenalkan kepada masyarakat dengan lebih meluas terutama generasi masa kini,” tambahnya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...