Otai masih berbisa

Oleh Mohamad Asyramisyanie

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Julai – Perlawanan Persahabatan Badminton antara Pasukan PDL 1 Pagi dan Pasukan YBs telah diadakan semalam di Dewan 1, RPN Lambak Kanan.

Perlawanan yang berkesudahan seri itu disertai oleh kira-kira 60 pemain yang sebahagiannya berusia 60 tahun ke atas yang menjayakan perlawanan persahabatan tersebut.

Perlawanan persahabatan yang bertemakan ‘Warga Sihat, Negara Hebat’ ini antara lain bertujuan untuk mengeratkan tali silaturahim antara pemain dan di samping itu juga menjadi platform untuk mengekalkan budaya hidup sihat.

Sementara itu, aktiviti seumpama ini juga diadakan khas untuk mengisi cuti awam bersempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-72 tahun.

Para peserta perlawanan persahabatan bergambar ramai selepas berakhirnya perlawanan tersebut.