Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Othman hamzah ‘hilang’ bukannya merajuk

    Sudah jarang melihat kelibat penyanyi Gadis Melayu dan Musliha, Othman Hamzah, 61, dalam mana-mana acara hiburan.

    Mungkin kepada generasi baharu, nama Othman agak terpinggir, namun, suara lunak penyanyi kelahiran Singapura yang memulakan perjuangan dalam bidang nyanyian seawal usia berusia 12 tahun itu pernah menjadi kegilaan ramai gadis sunti pada era 1970an dan 1980an.

    Malah, deretan lagu nyanyiannya sering menjadi pilihan stesen radio di Malaysia dan Singapura.

    Namun, sebaik menamatkan zaman bujang seawal usia 22 tahun bersama pilihan hati, Sharifah Radziah Syed Yahya pada 1984, kelibat Othman mula berkurangan.

    Kehidupannya tertumpu kepada keluarga dan membesarkan tiga anak, Iskandar Shah, Shafiqah dan Raaiqa.

    Othman Hamzah masih cergas dan sihat pada usia 61 tahun. – Agensi

    Pertemuan pada majlis sambutan ulang tahun ke-73, komposer tersohor, S Atan menggamit memori Othman.

    Adakah kehilangan dari radar seni memberi makna sudah tidak berminat meneruskan bidang nyanyian terhadap industri yang diceburi sejak hampir lima dekad.

    Saat soalan diajukan kepada si empunya diri, Othman berkata, tiada istilah rajuk ketika kehilangannya itu.

    “Mungkin ramai tak tahu saya sudah berhijrah ke Malaysia sejak 15 tahun lalu. Semua anggota keluarga sudah mendapat kerakyatan tetap dan bermastautin di Malaysia.

    “Sejak berhijrah, saya menceburi bidang hartanah. Bukanlah saya nak cakap bidang seni tidak menjamin masa depan.

    “Saya menghormati rakan-rakan yang masih aktif dalam industri seni. Cuma, saya mahu mencari punca pendapatan tetap.

    “Lagipun, saya sudah berkeluarga ketika itu. Disebabkan mahu fokus pada bisnes, saya terpaksa memperlahankan kerjaya nyanyian sehingga saya tidak aktif seperti dahulu,” katanya.

    Berkongsi kehidupannya, selain menguruskan perniagaan, banyak masa dihabiskan bersama keluarga dan melayan cucu. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...