Friday, December 1, 2023
29.6 C
Brunei

    -

    OTT lagi ‘masyuk’, Alif Satar anggap bakat baharu bebas pilih platform

    Artis versatil, Alif Satar menganggap tidak timbul masalah jika kebanyakan bakat baharu lebih memilih membintangi naskhah ditayangkan di platform penstriman atau Over The Top (OTT) berbanding televisyen (TV).

    Alif, 33, yang membintangi drama Bukan Sekadar Lafaz berkata, bakat baharu berhak memilih platform sesuai kerana menganggap setiap individu yang menceburi bidang seni mempunyai perancangan tersendiri dalam mengukuhkan nama.

    “Pelbagai faktor boleh mempengaruhi keputusan mereka untuk memilih berlakon dalam platform OTT buat masa ini. Antaranya mungkin disebabkan bayaran, skrip atau pembabitan pelakon ternama kerana produksi itu memiliki bajet besar.

    “Selain itu, faktor penonton OTT juga berbeza berbanding drama TV. Jadi, terpulang kepada mereka untuk membuat pilihan kerana tiada betul atau salah dalam hal ini. Mereka bebas untuk berlakon untuk mana-mana platform,” katanya kepada BH Online.

    Bagaimanapun, bagi Alif yang sudah membintangi pelbagai drama TV sejak 2008 berkata, sekiranya bakat baharu mahu lebih dikenali masyarakat, TV dianggap platform sesuai.

    “Tetapi kalau mahu masyarakat di luar bandar mengenali awda, berlakon untuk TV adalah pilihan tepat. Bayangkan kalau pergi ke kawasan yang jauh dari bandar, mereka sanggup berhenti apabila melihat awda.

    “Sehingga hari ini, saya kalau hendak buat lagu atau terima tawaran lakonan, saya selalu fikir adakah orang kampung akan menerima karya saya ini,” katanya.

    Pada masa sama, Alif berkata, antara faktor yang mungkin mempengaruhi pilihan setiap pelakon ketika ini adalah disebabkan perubahan dari segi permintaan dalam industri lakonan sekarang. – Agensi

    Alif menganggap platform TV sesuai diteroka bakat baharu jika mahu dikenali masyarakat pelbagai lapisan di negara Malaysia. – The Star
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Semakin ramai pelajar Korea mahu jadi doktor kerana gaji tinggi

    SEOUL, 1 DIS - Pendapatan tinggi telah menjadi sebab utama pelajar sekolah rendah dan menengah di Korea Selatan memilih menjadi doktor perubatan sebagai laluan...