Oxford terima AS$136 juta selidiki ketahanan ubat antibiotik

LONDON, 19 JAN – Universiti Oxford di Britain telah menerima sumbangan berjumlah 100 juta pound (AS$136 juta) untuk menyelidiki ketahanan terhadap antibiotik, umum universiti hari ini.

Jumlah itu, daripada firma multinasional Britain Ineos, ialah salah satu sumbangan terbesar yang diberikan kepada Universiti Oxford dalam sejarah lamanya. Pembiayaan akan digunakan untuk melancarkan institut baharu untuk memerangi fenomena ketahanan antimikrob (AMR) yang semakin meningkat, berpunca daripada pendedahan meningkat haiwan dan manusia kepada ubat yang merawat penyakit berpunca daripada bakteria.

Ketahanan antibiotik yang meningkat telah pun membawa kepada 1.5 juta kematian tambahan setiap tahun, kata Universiti Oxford. Menjelang tahun 2050, sehingga 10 juta kematian setahun mungkin berlaku disebabkan antibiotik dan ubat antimikrob lain yang tidak lagi berkesan melawan penyakit biasa. – AFP

AP