OxyMonster akhirnya tumpas

MIAMI, 10 Okt – Seorang warga Perancis, yang menurut pendakwa raya Amerika Syarikat (AS) sebagai orang tengah bagi perjanjian-perjanjian dadah haram dan membantu dalam membersihkan wang haram dengan menggunakan nama ‘OxyMonster’, telah dijatuhkan hukuman sehingga 20 tahun penjara lewat kelmarin.

Gal Vallerius, 36, telah dijatuhkan hukuman di mahkamah persekutuan Miami selepas mengaku bersalah lewat Ogos atas dakwaan konspirasi bagi penyeludupan dadah dan pembersihan wang haram.

Dalam rayuannya, dia juga menyerahkan mata wang maya yang bernilai lebih daripada AS$700,000.

Para pendakwa raya berkata dia mulanya seorang peniaga di Pasaran Oxycodone dan Ritalin di Dream Market, satu pasaran gelap online di mana penjual dan pembeli barangan yang dikawal boleh membuat urusan jual beli secara sembunyi, menyelesaikan kesemua urus niaga dengan menggunakan bitcoin dan mata wang maya lain. – AFP