Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Paabo menang Hadiah Perubatan Nobel

    STOCKHLM, 3 OKT – Ahli paleogenetik Sweden Svante Paabo, yang menyusun genom Neanderthal dan menemui ho-minin Denisova yang tidak diketahui sebelum ini, memenangi Hadiah Perubatan Nobel pada hari ini.

    Penyelidikan Paabo menimbulkan satu disiplin saintifik yang baharu dipanggil paleogenomik, dan telah ‘menjana pemahaman baharu tentang sejarah evolusi manusia,’ katanya.

    “Dengan mendedahkan perbezaan genetik yang membezakan semua manusia yang hidup daripada hominin yang telah pupus, penemuannya memberikan asas untuk meneroka apa yang menjadikan manusia unik”, kata jawatankuasa Nobel dalam satu kenyataan.

    Pengasas dan pengarah jabatan genetik di Institut Max Planck untuk Antropologi Evolusi, Paabo mendapati bahawa pemindahan gen telah berlaku daripada hominin yang kini pupus kepada Homo sapiens berikutan penghijrahan keluar manusia dari Afrika sekitar 70,000 tahun yang lalu.

    “Aliran gen purba kepada manusia masa kini mempunyai kaitan fisiologi hari ini, contohnya mempengaruhi cara sistem imun manusia bertindak balas terhadap jangkitan”, kata juri.

    Satu contoh sedemikian ialah pesakit COVID yang mempunyai DNA Neanderthal menghadapi risiko komplikasi teruk yang lebih tinggi daripada penyakit tersebut, kata Paabo dalam kajian 2020. – AFP

    Gambar fail yang diambil pada 8 November 2015 menunjukkan Svante Paabo bergambar dengan Hadiah Terobosan 2016. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...