Saturday, April 20, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    PABD anjur aktiviti pencerapan Darksky

    Oleh Salawati Haji Yahya
    Gambar serahan PABD

    KUALA BELAIT, 7 MAC – Persatuan Astronomi Negara Brunei Darussalam (PABD) terus giat mengadakan aktiviti, yang mana baru-baru ini persatuan berkenaan telah mengadakan aktiviti Pencerapan Darksky di Melilas.

    Selain aktiviti pencerapan, persatuan berkenaan turut membuat aktiviti amal dengan menyampaikan sumbangan di rumah Julangan Titah Rumah Panjang Melilas.

    Sumbangan telah disampaikan oleh Setiausaha Agong PABD, Awang Hazzary Ali Ahmad bersama rakan beliau, Loo Kuan Look dan Awang Mohammad Husaini bin Ali Hassan selaku ahli biasa eksekutif persatuan berkenaan.

    Sumbangan berupa barangan asasi itu diserahkan kepada wakil rumah panjang berkenaan, Haji Mohd Yassin bin Abdul Rahim yang kemudian mengagihkannya kepada penghuni di Julangan Titah Rumah Panjang tersebut.

    Antara lain tujuan aktiviti dua dalam satu itu adalah mengadakan kunjungan ke Kampung Melilas untuk membuat astrophoto iaitu pemerhatian Bima Sakti (milkyway observation) selain untuk mengkaji langit gelap yang tidak terdedah dengan cahaya lampu semasa pada waktu malam seterusnya mengeratkan lagi hubungan dengan penghuni di rumah panjang berkenaan.

    Perlaksanaan aktiviti ini diadakan dengan mematuhi langkah-langkah prosedur operasi standard (SOP) yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan.

    PABD dalam perancangan seterusnya akan membuat promosi dan memajukan bidang astronomi khususnya astronomi Islam (astronomi Syarie) di Negara Brunei Darussalam dan membuat aktiviti pelancongan iaitu Wonders of the Night Sky dengan sokongan dan kerjasama Kementerian Sumber-Sumber utama dan Pelancongan.

    Hasil pencerapan Darksky pada pukul 4 pagi.
    Haji Mohd Yassin menerima sumbangan yang disampaikan oleh pasukan PABD.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...