Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    PABM sasar Tiga Emas di sukan Komanwel Birmingham 2022

    JASIN, 15 MAC – Persatuan Angkat Berat Malaysia (PABM) menyasarkan tiga pingat emas dalam acara angkat berat pada Sukan Komanwel Birmingham 2022 pada 28 Julai hingga 8 Ogos, menerusi tujuh atlet yang berjaya melayakkan diri ke temasya sukan berkenaan.

    Presidennya, Datuk Ayub Rahmat berkata beliau optimis dengan semangat dan pasukan baharu yang dibentuk melalui penstrukturan semula barisan kejurulatihan serta atlet sejak awal tahun ini, mereka mampu bangkit seterusnya menyinar di peringkat antarabangsa.

    “Apabila pasukan ini dibubar pada Oktober lepas, kita ada pasukan ad hoc dan sementara melibatkan tiga atlet yang dihantar ke Uzbekistan untuk kelayakan Sukan Komanwel, dengan dua daripadanya telah layak. Lima lagi atlet turut dihantar ke satu kejohanan di Singapura dan kesemua mereka layak secara merit.

    “Kita menyasarkan sekurang-kurangnya tiga pingat emas menerusi Mohamad Aniq Kasdan bagi kategori 55 kilogram (kg), Muhammad Aznil Bidin (61kg) dan Muhammad Erry Hidayat (73kg),” katanya kepada pemberita hari ini.

    Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Kejohanan Angkat Berat Remaja, Junior dan Senior Kebangsaan 2022 yang dirasmikan Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri VP Shanmugam di Dewan Alamanda Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) di sini.

    Ayub berkata PABM juga komited dengan meletakkan hala tuju jelas bagi menangani isu doping yang menghantui atlet sebelum ini dengan meminda perlembagaan persatuan dan merangka peraturan tertentu di samping mengenakan tindakan tegas terhadap pihak terbabit dengan masalah tersebut.

    Beliau berkata persatuan itu juga menetapkan setiap kejohanan termasuk di Melaka pada kali ini melakukan ujian air kencing dengan menjemput Agensi Anti-Doping Malaysia (ADAMAS) selain pemeriksaan di setiap pusat latihan dilakukan secara berkala dan mengejut agar atlet sentiasa dalam keadaan bersih sekali gus terhindar daripada masalah doping. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...