KOTA KINABALU, 16 Jan – Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) di seluruh negara disaran turun padang bagi melihat perkembangan projek yang dilaksanakan, sekali gus memastikan wang negara digunakan untuk tujuan ia diluluskan.
Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman berkata pihak berkepentingan sudah tentu lebih yakin sekiranya anggota PAC mengambil pendekatan sedemikian.
“Budaya turun padang dapat membantu kita memantau secara terus projek dan program kerajaan supaya ia benar-benar dilaksanakan, dan manfaatnya sampai kepada rakyat serta hasilnya dapat dicapai seperti dirancang,” katanya ketika merasmikan seminar PAC SeMalaysia 2017 bertema ‘Meningkatkan Kecemerlangan Urus Tadbir’ di sini, hari ini. – Bernama
































