Saturday, April 26, 2025
24.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pac Man mahu lawan Lomachenko

    MANILA, 17 Jan – Legenda tinju Filipina Manny Pacquiao berkata dia kini dalam perbincangan untuk mengadakan pertarungan dengan juara dunia Vasyl Lomachenko, yang dianggap sebagai petinju terbaik dalam kelasnya ketika ini.

    Pacquiao, 39, yang menjulang gelaran dunia dalam lapan divisyen berat badan kini memberi tumpuan untuk pertarungan dengan juara superfeatherweight Pertubuhan Tinju Dunia Ukraine April ini ketika berehat daripada menjalani tugas sebagai senator di Filipina.

    “Perbincangan sedang diatur ketika ini untuk menentang petinju nombor satu iaitu Lomachenko,” Pacquiao berkata dalam satu wawancara di rangkaian televisyen ABS-CBN.

    “Perkara seperti berat dan pengurangan berat badan juga dibincangkan,” kata Pacquiao, bertarung dalam kategori welterweight.

    Pacquiao mahu lawan juara peninju dunia, Vasyl Lomachenko. – AFP

    Pembantu Pacquiao memberitahu venue dan tarikh pertarungan dengan Lomachenko juga belum diputuskan.

    Digelar sebagai peninju terbaik masa kini, Lomachenko, 29, hanya kalah sekali dalam 11 pertarungan profesional dan menang kesemua yang lain menerusi knockout.

    Pacquiao, yang kehilangan gelaran welterweight WBO kepada petinju Australia Jeff Horn tahun lalu, menyaksikannya mencatat rekod 59 kemenangan, tujuh kekalahan dan dua seri kini di penghujung kariernya. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda