Pacquiao bertanding jawatan presiden

MANILA, 19 SEPT – Bekas ahli tinju Filipina, Manny Pacquiao mengumumkan hari ini bahawa dia akan bertanding untuk jawatan presiden pada 2022, menamatkan spekulasi selama berbulan-bulan mengenai sama ada petinju legenda itu akan bertanding bagi jawatan tersebut.

“Masanya adalah sekarang, kami bersedia untuk bangkit dan mencabar kepimpinan,” kata Pacquiao, ketika dia menerima pencalonan daripada pencabar parti pemerintah presiden Rodrigo Duterte.

Juara tinju dunia itu yang juga wira negara, membuat pengumuman beberapa minggu selepas tewas dalam pertarungan profesional terakhir menentang Yordenis Ugas dari Cuba di Las Vegas.

Pacquiao, yang menceburi bidang politik pada 2010 sebagai ahli kongres sebelum dipilih sebagai anggota Senat, sudah lama dijangka mencabar jawatan presiden.

Kewibaannya dalam tinju dan perjuangan membasmi kemiskinan serta rasuah besar kemungkinan akan menjadi tema utama bagi kempennya.

Kuasa bintang Pacquiao dalam politik negara akan meletakkannya dalam kedudukan kukuh untuk perlumbaan presiden. – AFP

Manny Pacquiao mengumumkan dia akan bertanding untuk jawatan presiden pada 2022. – AFP