Tuesday, March 25, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Pacu perekonomian digital

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar oleh Muiz Matdani

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Sudah tiba masanya untuk semua menyahut hasrat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meningkatkan dan merancakkan lagi perkembangan dan penerokaan sumber hasil baharu berlandaskan ekonomi digital.

    “Alhamdulillah, infrastruktur bagi memudahkan cara lagi arena ekonomi digital di negara ini sedang giat dilaksanakan, sumber tenaga manusia termasuklah dalam kalangan orang Brunei kitani ada yang sudah mempunyai kemahiran, pengalaman dan kepakaran untuk membantu memacu perekonomian digital di negara ini.”

    Perkara ini ditekankan oleh ahli Majlis Mesyuarat Negara (MMN), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu ketika menyentuh mengenai landskap dan ekonomi negara pada hari kedua Persidangan MMN di Bangunan Dewan Majlis, Jalan Dewan Majlis, hari ini.

    Beliau menambah, pihak kerajaan juga dilihat sentiasa bersedia memainkan peranan sebagai pemudah cara.

    “Hanya adakah orang kita khususnya dalam kalangan belia berani tampil untuk menyahut cabaran meneroka dan meraih daripada pandangan global tanpa sempadan ini, jika sekiranya cabaran ini tidak diberikan penekanan sewajarnya negara boleh saja jauh ketinggalan khusus dalam persaingan ekonomi di peringkat antarabangsa,” tegasnya.

    Semasa sesi persidangan berkenaan, Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanti binti Dato Seri Laila Jasa Haji Abdul Rahman menekankan mengenai masalah ekonomi dan pengangguran yang semakin meningkat. Sementara itu, Yang Berhormat Dayang Nik Hafimi bin Abdul Haadi pula mengetengahkan mengenai pembaikan sektor telekomunikasi negara yang menyokong pembangunan sebagai langkah pertama ke arah transformasi digital.

    Menurutnya, transformasi digital strategik Brunei Darussalam sejak beberapa tahun kebelakangan ini telah mencapai kedudukan tinggi dalam pemakaian media sosial walau bagaimanapun, negara perlu memastikan persediaan masyarakat dalam memahami dan melaksanakan transformasi digital.

    Yang Berhormat Dayang Siti Rozaimeriyanti menekankan mengenai masalah ekonomi dan pengangguran yang semakin meningkat.
    Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Seri Haji Hasrin ketika menyentuh mengenai landskap dan ekonomi negara pada hari kedua Persidangan MMN.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda