Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah bawa Astro tanpa permit

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Jan – Seorang wanita warga Malaysia dijatuhi denda $1,500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan memiliki dan membawa masuk alat penyiaran tanpa permit.

    Mona binti Narawi, 33, mengaku bersalah kerana memiliki tiga set Astro yang tidak diisytiharkan dan mengimportnya ke negara ini.

    Set Astro itu ditemui di dalam keretanya ketika ditahan di kawasan Pos Kawalan Sungai Tujoh, pada 14 Januari 2017 sekitar jam 10:30 pagi. Majistret Kanan Lailatul Zubaidah binti Haji Mohd Hussain memberi tempoh sehingga hujung Januari untuk defendan membayar denda dan jika gagal akan berdepan tiga bulan penjara. Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Kamaliah binti Haji Ibrahim.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda