Sunday, December 15, 2024
22.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah buang bekas tin minuman

    Oleh Daniel Lim –

    BELAIT, 29 NOV – Seorang individu dikenakan denda kompaun $100 daripada Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana melakukan kesalahan membuang bekas tin minuman di kawasan letak kereta berhampiran Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAS) di ibu negara, kelmarin.

    Individu berkenaan, yang didenda di bawah Bab 12(1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021 telah diberi masa tujuh hari untuk menjelaskan denda tersebut.

    Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes tersebut dibawa ke mahkamah.

    Jika disabit bersalah, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama.

    Bagi kesalahan kedua dan seterusnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara sehingga enam bulan, atau kedua-duanya sekali.

    Bekas tin minuman yang dijumpai oleh pihak JASTRe. – GAMBAR SERAHAN JASTRE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda