Sunday, March 26, 2023
29.2 C
Brunei

-

Padah buang sampah di tempat awam

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 20 JAN – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe), hari ini, telah mengeluarkan dendan kompaun sebanyak $500 terhadap sebuah syarikat di Jalan Singa Menteri, Kuala Belait, Daerah Belait kerana melakukan kesalahan melanggar Bab 12(1)(e) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30, iaitu membuang sampah dan bekas-bekas bahan binaan di tempat awam.

Menurut JASTRe, Kamal Sdn Bhd telah diberikan tempoh masa tujuh hari daripada tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda kompaun dan jika gagal, syarikat berkenaan boleh didakwa ke mahkamah di mana jika sabit kesalahan, boleh didenda $1,000 bagi kesalahan pertama manakala itu, denda $3,000 dan penjara tidak melebihi tiga bulan bagi kesalahan kedua dan seterusnya.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan, JASTRe mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau mana-mana syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

Barang-barang terbuang dilihat ditinggalkan di tempat awam. – Gambar serahan JASTRe
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Xi jemput Sanchez adakan lawatan negara

MADRID, 24 MAC - Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez telah menerima jemputan daripada Presiden China, Xi Jinping untuk membuat lawatan negara ke Beijing ketika...
- Advertisment -