Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Padah buang sampah di tempat awam

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 22 SEPT – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah mengeluarkan kompaun sebanyak $300 ke atas seorang individu kerana melakukan kesalahan melanggar Bab 12(1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil, Penggal 30, iaitu membuang sampah di tempat awam.

    Individu berkenaan yang telah dikenal pasti oleh JASTRe sebagai Md Anowar Hossen Md Rojan Ali Khan didapati telah membuang bahan binaan di kawasan Simpang 633, Kampung MasinMenurut JASTRe, individu terbabit telah diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskannya.

    Jika gagal menjelaskan bayaran, dia boleh didakwa ke mahkamah, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua atau berikutnya, boleh dikenakan
    denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya sekali.

    Jabatan itu mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Gambar menunjukkan individu berkenaan dicekup membuang sampah di tempat awam. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...