Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Padah buang sampah di tempat awam

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 OKT – Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) telah mengeluarkan denda kompaun berjumlah $500 ke atas seorang lelaki kerana membuang sampah di tempat awam dekat kawasan masuk Pantai Meragang, Daerah Brunei dan Muara, kelmarin.

    Menurut JASTRe, individu berkenaan yang dikenal pasti sebagai Mohammad Hemayet Uddin telah dirakam menerusi CCTV, membuang sampah ke tempat awam.

    Denda berkenaan dikeluarkan di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Kecil Seksyen 12(1) Penggal 30.

    Individu tersebut diberi tempoh tujuh hari untuk membayar denda tersebut dan jika gagal boleh dihadapkan ke mahkamah.

    JASTRe terus mengingatkan orang ramai dan syarikat-syarikat untuk memastikan kebersihan alam sekitar terus terjaga.

    Tangkap layar rakaman CCTV yang menunjukkan individu membuang sampah di kawasan masuk Pantai Meragang. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...