Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Padah buang sampah, lelaki disaman $500

    Oleh Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 2 FEB – Akibat membuang sampah di tempat awam, seorang lelaki telah dikenakan denda kompaun sebanyak $500 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe).

    Menurut JASTRe, Pengiran Haji Hassan bin Pengiran Haji Hassim telah melakukan kesalahan melanggar Bab 12(1) di bawah Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021, iaitu kesalahan membuang sampah di tempat awam di kawasan Kampung Sungai Kebun.

    Individu tersebut telah diberikan tempoh tujuh hari dari tarikh kompaun dikeluarkan untuk menjelaskan denda kompaun.

    Jika gagal menjelaskan denda, Pengiran Haji Hassan boleh didakwa ke mahkamah, di mana jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda tidak kurang $1,000 dan tidak melebihi $3,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $3,000 dan tidak melebihi $9,000, dihukum penjara bagi tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua duanya sekali.

    Dalam kenyataan itu, JASTRe turut mengingatkan mana-mana individu, orang awam atau syarikat-syarikat untuk sentiasa menjaga kebersihan dan mengamalkan sifat bertanggungjawab terhadap kebersihan alam sekitar.

    Rakaman CCTV menunjukkan Pengiran Haji Hassan membuang sampah di tempat awam. – Gambar serahan JASTRe
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...