Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Padah cederakan bapa

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Sept – Seorang lelaki yang menyebabkan kecederaan kepada bapanya berusia 60 tahun dihukum enam bulan penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Muhammad Roslani bin Abdullah Pantun, 38, mengaku bersalah atas tuduhan menyebabkan kecederaan kepada mangsa menggunakan parang di Kampung Batang Mitus, Tutong pada 5 September 2018 kira-kira jam 8:40 pagi.

    Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin ketika memutuskan hukuman berkata, hukuman penjara adalah wajar memandangkan kesalahan yang dilakukan tertuduh adalah serius.

    “Hukuman berbentuk pencegahan perlu untuk kepentingan orang awam tambahan lagi kes tertuduh melibatkan penggunaan senjata berbahaya yang mungkin menyebabkan kematian,” tegas Majistret lagi.

    Kejadian bermula apabila tertuduh yang merupakan seorang penganggur mendekati mangsa dan menyuarakan niatnya untuk mencederakannya.

    Mangsa yang merasa cemas terus melarikan diri keluar dari rumah.

    Tertuduh yang bersenjatakan parang terus mengejarnya.

    Mangsa yang cuba melindungi dirinya dengan kayu mengalami kecederaan di tangannya apabila tertuduh mengayunkan parang.

    Mangsa bersama isterinya dan seorang lagi anak lelakinya berlari ke jalan utama untuk mendapatkan bantuan.

    Kes tertuduh didakwa Timbalan Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda