Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Padah ceroboh dan curi, lelaki dipenjara 2 tahun

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JULAI – Mahkamah Perantaraan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun ke atas seorang lelaki tempatan selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan menceroboh untuk tujuan mencuri.

    Muhammad Kahar Muzakar bin Abdullah pernah bekerja sebagai jurujual syarikat kereta hampir setahun sehinggalah dia dipecat pada Jun 2021.

    Pendakwa raya Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mendedahkan di mahkamah bahawa defendan menghantar barang kepada seorang pelanggan pada 14 Jun pukul 11 malam di Kampung Selayun kerana ketika itu dia bekerja sebagai runner.

    Dia kemudian memandu ke premis bekas syarikat tempatnya bekerja kemudian dia meletakkan keretanya di belakang bangunan. Defendan kemudian berjalan ke hadapan, membuka pintu gelongsor dan menuju ke tingkat satu melalui pintu keluar bomba. Dia membuka pintu secara paksa sebelum memasuki ke tingkat satu dan menuju ke pejabat akauntan dan membuka pintu secara paksa. Dia mengeledah meja dan menjumpai beberapa kotak menyimpan wang, tetapi hanya membawa satu kotak.

    Kembali ke dalam keretanya, defendan membuka kotak tunai menggunakan pemutar skru dan mengambil $25 daripadanya lalu kemudiannya membuang kotak menyimpan wang itu.

    Hakim Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar selanjutnya mendengar daripada pihak pendakwa bahawa tindakan defendan telah dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Seorang kakitangan mendapati bilik akauntan telah dipecah masuk, bersama-sama dengan pintu keluar kebakaran menuju ke tingkat satu.

    Kakitangan tersebut lalu menemui rakaman kejadian berkenaan dan memaklumkan kepada atasannya yang kemudian mengarahkannya untuk membuat laporan polis. Kakitangan itu membuat laporan dan menyerahkan rakaman CCTV untuk membantu polis dalam siasatan. Ini membawa kepada penahanan defendan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...